Assalammualaikum...
Trip pagi ni Aku, Ahmad Ridzouddin dan Rosli Hashim agak lewat tiba di Jeti Batu Musang,Batu Kawan,mana tidaknya hari ini adalah hari isnin hari berkerja..memang jem gila la,terutama dekat Seberang Jaya..hampir setengah jam tersangkut kat situ.
Tiba di jeti Tekong Zul memang dah dok menunggu dengan Tekong Paktam.Adik aku Syukur dan Najhan kawan dia masih tak nampak batang hidung.
Setelah semua sampai dan sedia diatas bot kami menuju ke destinasi pertama pagi ni...Jambatan Kedua Pulau Pinang,,Aktiviti pertama adalah mencari umpan (ikan cincang rebung)dengan teknik menjala,,Rosli Hashim memang terra bab menjala ni..sekali tebar dah berpuluh ekor umpan sangkut dijala..siap punggah ikan kami bergerak ke tiang tengah-158 kalau tak silap..
Destinasi Pertama |
Ikan cincang rebung siap dipasang |
Tiang ni memang berhantu..tiga kali strike power tapi sekor pun tak lekat..sedia maklum bila pakai umpan ikan ni memang kita kena siap sedia sebab yang tarik tu bukan gelama atau duri...Memang pantang tekong kalau strike tak lekat ni..kami pindah tiang...
Macam selalu..tekong boleh lesen awal |
Tiang ni boleh beberapa ekor gelama madu(panggilan tekong )
Ahmad Ridzouddin dengan lesen pagi |
Giliran Rosli Hashim pula
Din lagi |
Sehingga tengah hari tu banyak juga jenahak dan tanda yang berjaya kami naikkan..Kami bergerak balik ke pulau untuk makan dan solat zuhur,,Macam biasa Restoran Kak Timah tepi Masjid Ar Rahman jadi pilihan..Sampai kat jeti tekong cari ketam..tapi cuma ada sekor dua ..jadi tekong beli udang rotan sekilo lebih untuk jamu kami,pesan kat Kak Timah masak asam udang rotan,rezeki kami petang ni...
Tu diaaa.. |
Petang ni teringin makan Mee Udang,,yang lain-lain makan nasi goreng udang..Aku dah kenyang sebenarnya dah belasah dua bungkus nasi lemak atas bot tadi..
Mee Udang Kak Timah |
Aku dan adikku Syukur |
Sebelah petang kami parking kat hujung Pulau Gedung je..alun mula terasa..hampir dua jam lebih tapi hasil tak begitu memberangsangkan..seekor talang dan beberapa ekor kerapu dan tanda yang naik..
Tekong bagi signal untuk tukar port..lubuk baru katanya..kami ni follow saja...
Sebelum tu aku tengok tekong dah pasang perambut..lebih kurang dua kaki panjang..batu ladong paling kecil dan mata kail pun tak berapa besar..Kita bottom casting kata tekong..
Sauh diangkat dan bot bergerak ke lubuk baru..dua tiga tahun sudah kat situ kami panggil lubuk basikal..sebabnya tekong pernah buat tukun pakai basikal kat situ..tapi dah lama tukun tu hanyut atau ditelan lumpur laut ..tapi lubuk baru ini hanya beberapa meter dari pantai pulau..Waktu ni air laut tengah surut dan tinggal lebih kurang sejam je lagi sebelum kami bergerak balik..
Tekniknya cukup mudah..cangkuk udang hidup dengan mata kail pada ekor udang..campak ketengah..lebih kurang 10 meter je..(sebab ladung ringan) biar umpan mencecah dasar dan karau perlahan-lahan dua atau tiga kali dan stop..ulang teknik ini sampai umpan kembali ketepi bot..biasanya getuan ikan akan terasa lembut je..biarkan beberapa second,bila ada rasa tarikkan baru sentak...Kadang-kadang ikan makan umpan betul-betul ditepi bot.Teknik ni memang memerlukan kesabaran kerana memang mudah sangkut pada sampah dasar laut..macam-macam ada kat dasar laut ni..sebab tu semasa cangkuk kail pastikan mata kail dicangkuk dari bawah ekor udang ke atas untuk mengurangkan risiko sangkut ini.
Ini lah hasilnya dengan teknik bottom casting.9 ekor siakap putih tewas |
Secara keseluruhan trip kali ini berjaya dengan kehadiran 9 ekor siakap putih disaat-saat akhir..pun begitu terimakasih kepada tekong Zul yang banyak memberi tunjukajar kepada kami dan bersyukur kehadrat Allah SWT yang mengurniakan kami rezeki untuk dibawa pulang...berikut adalah gambar-gambar lain trip kali ini...
Alhamdullilah rezeki kurniaan Allah-Hasil trip 29-09-2014 |
Sehingga bertemu di trip akan datang pada 26-November 2014 ini...Insya Allah