Monday, 13 October 2014

Trip Pulau Aman-29-09-2014(05 Zulhijjah)-Siakap Makan Petang



Assalammualaikum...
Trip pagi ni Aku, Ahmad Ridzouddin dan Rosli Hashim agak lewat tiba di Jeti Batu Musang,Batu Kawan,mana tidaknya hari ini adalah hari isnin hari berkerja..memang jem gila la,terutama dekat Seberang Jaya..hampir setengah jam tersangkut kat situ.
Tiba di jeti Tekong Zul memang dah dok menunggu dengan Tekong Paktam.Adik aku Syukur dan Najhan kawan dia masih tak nampak batang hidung.

Setelah semua sampai dan sedia diatas bot kami menuju ke destinasi pertama pagi ni...Jambatan Kedua Pulau Pinang,,Aktiviti pertama adalah mencari umpan (ikan cincang rebung)dengan teknik menjala,,Rosli Hashim memang terra bab menjala ni..sekali tebar dah berpuluh ekor umpan sangkut dijala..siap punggah ikan kami bergerak ke tiang tengah-158 kalau tak silap..

Destinasi Pertama

Ikan cincang rebung siap dipasang 
Tiang ni memang berhantu..tiga kali strike power tapi sekor pun tak lekat..sedia maklum bila pakai umpan ikan ni memang kita kena siap sedia sebab yang tarik tu bukan gelama atau duri...Memang pantang tekong kalau strike tak lekat ni..kami pindah tiang...
Macam selalu..tekong boleh lesen awal
Tiang ni boleh beberapa ekor gelama madu(panggilan tekong )
Ahmad Ridzouddin dengan lesen pagi
Giliran Rosli Hashim pula

Din lagi
Sehingga tengah hari tu banyak juga jenahak dan tanda yang berjaya kami naikkan..Kami bergerak balik ke pulau untuk makan dan solat zuhur,,Macam biasa Restoran Kak Timah tepi Masjid Ar Rahman jadi pilihan..Sampai kat jeti tekong cari ketam..tapi cuma ada sekor dua ..jadi tekong beli udang rotan sekilo lebih untuk jamu kami,pesan kat Kak Timah masak asam udang rotan,rezeki kami petang ni...

Tu diaaa..
Petang ni teringin makan Mee Udang,,yang lain-lain makan nasi goreng udang..Aku dah kenyang sebenarnya dah belasah dua bungkus nasi lemak atas bot tadi..

Mee Udang Kak Timah

Aku dan adikku Syukur
Sebelah petang kami parking kat hujung Pulau Gedung je..alun mula terasa..hampir dua jam lebih tapi hasil tak begitu memberangsangkan..seekor talang dan beberapa ekor kerapu dan tanda yang naik..
Tekong bagi signal untuk tukar port..lubuk baru katanya..kami ni follow saja...

Sebelum tu aku tengok tekong dah pasang perambut..lebih kurang dua kaki panjang..batu ladong paling kecil dan mata kail pun tak berapa besar..Kita bottom casting kata tekong..

Sauh diangkat dan bot bergerak ke lubuk baru..dua tiga tahun sudah kat situ kami panggil lubuk basikal..sebabnya tekong pernah buat tukun pakai  basikal kat situ..tapi dah lama tukun tu hanyut atau ditelan lumpur  laut ..tapi lubuk baru ini hanya beberapa meter dari pantai pulau..Waktu ni air laut tengah surut dan tinggal lebih kurang sejam je lagi sebelum kami bergerak balik..
Tekniknya cukup mudah..cangkuk udang hidup dengan mata kail pada ekor udang..campak ketengah..lebih kurang 10 meter je..(sebab ladung ringan) biar umpan mencecah dasar dan karau perlahan-lahan dua atau tiga kali dan stop..ulang teknik ini sampai umpan kembali ketepi bot..biasanya getuan ikan akan terasa lembut je..biarkan beberapa second,bila ada rasa tarikkan baru sentak...Kadang-kadang ikan makan umpan betul-betul ditepi  bot.Teknik ni memang memerlukan kesabaran kerana memang mudah sangkut pada sampah dasar laut..macam-macam ada kat dasar laut ni..sebab tu semasa cangkuk kail pastikan mata kail dicangkuk dari bawah ekor udang ke atas untuk mengurangkan risiko sangkut ini.


Ini lah hasilnya dengan teknik bottom casting.9 ekor siakap putih  tewas

Secara keseluruhan trip kali ini berjaya dengan kehadiran 9 ekor siakap putih disaat-saat akhir..pun begitu terimakasih kepada tekong Zul yang banyak memberi tunjukajar kepada kami dan bersyukur kehadrat Allah SWT yang mengurniakan kami rezeki untuk dibawa pulang...berikut adalah gambar-gambar lain trip kali ini...









Alhamdullilah rezeki kurniaan Allah-Hasil trip 29-09-2014
Sehingga bertemu di trip akan datang pada 26-November 2014 ini...Insya Allah









Wednesday, 10 September 2014

Tip Memancing Di Jambatan Kedua Pulau Pinang





Assalammualaikum...
Cukup lama saya tidak publish post kat blog ini..
Cuma nak kongsi sedikit ilmu dengan pemancing-pemancing yang baru nak berjinak-jinak dibawah jambatan kedua pulau pinang(JK2)
Banyak dok dengar orang cerita pasal JK2 ni,dan banyak persoalan yang timbul.
Untuk pengetahuan semua JK2 ni tak sama macam Jambatan lama siap boleh bermalam kat atas tu.Untuk memancing kat sini kita perlu menyewa bot dari pagi sehingga petang,kebiasaannya bot akan balik berehat di Pulau Aman di sebelah tengah hari untuk makan,solat dan sebagainya.
Kebiasaannya tambang yang dikenakan diantara RM300-RM350 berserta umpan,pemancing hanya perlu membawa peralatan,minuman dan makanan ringan(Makan Tengah Hari Kena Bayar Sendiri)
Bukan setiap masa sesuai untuk memancing disini,kadang2 tekong hanya akan berlabuh disekitar pulau dan sangkar sahaja..ini bergantung pada keadaan air dan cuaca.
Pada yang tidak biasa dilambung ombak,anda boleh merasainya apabila berada ditepi tiang ketika angin kuat bertiup..kalau yang tak tahan boleh mabuk free..

TIP
Mula sekali kita kena tengok "target", atau pun jenis@specis ikan yang kita nak pancing dari situ baru kita boleh lengkapkan misi kita..
Zul-Kapten Kapal bersama spesis Jenahak

Jika target kita ikan bersisik seperti MERAH,JENAHAK,KERAPU,TANDA,-
Air yang sesuai untuk pancingan ini adalah pada 3.4.5.6.hari bulan  melayu
SET PANCING- kena yang medium,mainline 60-80lb(braided@mono),perambut kena tengok air..kadang-kadang kena pakai sampai perambut 100lb,sebab apa kena tengok air? Bila air cantik ikan sini kasar2..
UMPAN- Paling sesuai IKAN CINCANG REBONG,yang ni kena jala..memang takdak di jual kat mana-mana,UDANG HIDUP..tapi mau yang pulau punya..kalau beli pun boleh cuma kena tukar air selalu.

Umpan Cincang Rebong

TEKNIK PANCING-
Kail dipasang ditengah-tengah ikan..turunkan@baling 3kaki dari tiang..pastikan drag telah diketatkan habis..kalau tidak ikan bawa lari masuk kecelah tiang dan sangkut..akhir sekali putuss..Pastikan anda memegang batang pancing dan selalu bersiap sedia jika strike..

Apabila strike..balas dan berdiri ..angkat rod anda setinggi-tingginya, jangan biarkan ikan kembali ketiang..
dan layann...









Gambar2 ni semua dari album tekong Zul.(01135079144).kalau nak tempah tekong ni terutama masa air cantik memang susah kecuali pada hari -hari biasa Isnin-Jumaat,Sabtu dan ahad memang susah nak dapat.Ikan2 ni dinaikkan pada 3,4,5,6 Zulakaedah @ 29,30,31,1 hb-9-2014 memang mantapkan?

Sehingga dilain masa...wassalam