Sunday, 11 November 2012

Pulau Aman-10-11-2012

Trip kali ni tak dirancang pun...tetapi disebabkan ada group lain yang cancel booking,maka dapatlah kami pi.
Pada permulaan Aku dan Syukur bercadang nak bawa family sekali  dan nak sewa chalet tetapi disebabkan  cuti sekolah ni,semua chalet  habis dibooking.
Team dari Parit Buntar,Yun,Faiz,Syukur dan Emi


Dan disebabkan cuti sekolah juga aku bawa sekali anak aku bersama untuk trip kali ni...memang dari dulu lagi anak aku ni nak ikut ngail naik bot kat Pulau Aman,tapi memandangkan tahun ni ada peperiksaan UPSR aku tak bawa dia...kalau kat kolam pancing tu selalu la aku bawa dia...

Mohamad Zulhelmi(Emi)teruja sungguh nak pi ngail


Ramai keluarga yang bawa anak-anak berkelah di Pulau ni,disamping bercuti banyak aktiviti dapat dilakukan bersama,modal pun tak banyak sangat...kebanyakkan chalet disini menyediakan peralatan memasak lengkap,kita hanya perlu bawa bahan untuk dimasak je....kalau rajin boleh la bawa pukat atau jala untuk cari lauk...kedai runcit dan kedai makan pun ada kat sini.

Abang ni tengah menjala sambil diperhatikan isteri dan anak-anak.

Kakak ni pula tengah cari siput nangka
Berbalik pada trip aku kali ni...Tekong tak menyarankan sangat untuk ke jambatan baru ni,ikan takdak,bising lori dok ulang alik kat atas ungkap tekong...ini disebabkan keadaan kerja-kerja pemasangan blok jalan  sedang giat dijalankan pada tiang-tiang yang selalu kami pergi..tetapi sebab nak puaskan juga hati kami tekong bawa juga kami kesana..ternyata benar kata tekong...jadi kami ambil keputusan untuk pancing kat area pulau sahaja...

Lubuk pertama kami layan dekat-dekat area batu payung,ada la juga getuan-getuan dari dasar laut Pulau Aman ni..naik juga beberapa ekor gerut-gerut,kerapu dan tanda..

Batu Payung
Macam biasa kami akan beralih sauh untuk dapatkan posisi terbaik...saksikan aksi-aksi tangkapan yang sempat dirakam..

Anak aku Emi juga dapat naikkan first catch dia untuk hari tu...walaupun tak berapa besar tapi tangkapan itu akan diingatnya sepanjang hayat....

Kami makan dikedai depan masjid,macam biasa order nasi goreng udang..memang best nasi goreng ni...

Disebelah petang kami layan kat tukun tayar pulak...saksikan aksi-aksi sebelah petang..


 OK,sampaikat sini dulu...esok aku sambung dalam post lain pulak..
Pelbagai ikan karang yang diperolehi


Secara keseluruhan trip kali ni tak begitu menghampakan,masih ada rezeki ikan yang dapat dibawa pulang,walaupun tak banyak tetapi sekurang-kurangnya tak kumpau la kata orang.

Aku ni memang suka memasak,tapi kali ni macam biasa isteri ambil alih..Menu macam biasa la..kariii..
Nampak tak ikan-ikan tu,bertapa fresh isi-isi ikan tu...itu yang maneeh tuu..
Bukan senang nak kukur nyok ni,sekali tengok macam tengah joget Gangnam style pun ada...
Buat kari ni kena masuk santan,jadi untuk dapatkan santan kena la kukur nyok...dah dikukur kemudian diperah,baru lah dapat santannya...Alah bukan tak boleh beli kat kedai..tetapi aku sengaja nak terapkan nilai-nilai kesusahan dalam diri anak-anak supaya mereka tahu bukan senang nak dapatkan sesuatu jika kita tidak berusaha..












Friday, 2 November 2012

Teknik Menjinak Senangin Pulau Aman-1-5-2012





Cuti hari pekerja tahun ini ramai yang mengambil kesempatan beriadah bersama keluarga...bagi aku kesempatan cuti ni ada baiknya menjinak senangin di Pulau Aman...

Senangin disini lain macam sikit kerenahnya,umpan terbaik hanya udang hidup yang local dari pulau sahaja,kalau bawa dari luar tu kurang sikit seleranya,saiz pula hendak yang sederhana sahaja,matakail pun kena ambik kira, yang warna hitam ni dia tak pandang langsung.

Perambut panjang 2 kaki,batu ladung hidup sais-4,5,6 bergantung pada arus,ladung dipasang ditengah-tengah perambut.Waktu paling puncak senangin ni mengganas ketika air 7,8,9...dan pada ketika arus bergerak tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan.

Tapi yang paling memainkan peranan dalam menjinak senangin ni adalah kesabaran dan teknik yang betul.Ikan senangin ini cara pemakanannya adalah mencuri umpan sedang bergerak,pemancing sentiasa perlu mengerakkan umpan,maksudnya perlu sentiasa memegang joran sambil mengerakkan umpan dan kemudian baru mengayuh kekili...dan pada ketika ini lah umpan dicuri ikan dan kita pula perlu cepat respon untuk mendapatkan ikan tersebut.....
Hasil dari teknik yang betul
Masih banyak hasil laut di Pulau Aman ni
Terimakasih kepada tekong Zul yang banyak memberi tunjukajar kepada kami teknik menjinak senangin di Pulau Aman ini...
Terimakasih kepada tekong Zul yang banyak memberi tunjukajar kepada kami teknik menjinak senangin di Pulau Aman ini..





Thursday, 1 November 2012

Pulau Aman,7-10-2012,







Seperti biasa pagi itu aku sampai dahulu,Syukur masih dalam perjalanan,parking je kereta kat jeti Batu Musang aku terus berlari turun ke tandas,dalam masa yang sama ada beberapa orang pemancing lagi yang baru sampai.
Gambar Tekong (baju belang)
Masa turun tu aku dah nampak Tekong tengah minum kat warung,tapi aku teruskan urusan kecemasan dulu,keluar saja dari tandas aku lihat group tadi tengah dok sembang dengan tekong,aku bagi salam kat Abg Zul(tekong) dalam masa yang sama dia tanya aku "hampa mai sekali ka??
Abg Zul nak pastikan samaada aku datang sekali dengan group tadi..aku kata "dak aih"...wajah tekong dah nampak lain macam...ada clash trip ni...aku berkata didalam hati...

Aku naik semula keatas ke tempat parking,bayar RM2 pada pakcik parking dan bersedia untuk kemas barang,Pakcik tu tanya aku...naik dengan sapa??Dengan Zul jawab aku...Emm samala dengan geng tadi pun naik dengan Zul juga ..kata Pakcik tu...tepat sekali sangkaan aku memang dah clash trip ni..

Syukur sampai...kami turun ke warung dengan peralatan masing-masing...Tekong tengah dok bercakap di handphonenya...tengah dok cari bot untuk geng tadi..rupa-rupanya dek kerana terlalu teruja nak memancing di Pulau Aman sampai tersilap bulan,cuma hari nya sama...
Lepas pekena nasi lemak dan teh tarik kami pun bergegas turun kejeti..woww..bot baru..baru selesa sikit nak bertarung nanti.

Bergaya dalam bot orang...
Tepat  8:30 kami terus bergerak ke jambatan baru (jambatan kedua Pulau Pinang),cari tiang yang sesuai..
Tekong Zul mula dengan tiang 185 untuk cuba nasib...aku cukup respect dengan Abg Zul ni..dia cukup bersungguh dalam setiap misi kami,setiap kali ada trip pastinya ada ibu-ibu ikan yang dibawa naik kedalam bot...kalau takdak ikan disatu-satu  tempat kami tak tunggu lama..pindah tiang....

Aku tengah cari penunggu tiang
Pada sebelah pagi ni hasil tak berapa memberangsangkan,arus perlahan sangat...tapi tetap ada juga beberapa ekor senangin dan jenahak keluar sisik atas bot.
Sampai tengah hari kami naik kepulau untuk makan dan bersolat di Majid Ar Rahman Pulau Aman...yang seronoknya hari ni..makan tengah hari kat rumah tekong..mana nak dapat tekong macam ni?
Menu tu tak kisahlah..apa yang dijamu kami bedal semacam...boleh tahan juga lah pekena siakap kukus blackpeper,sambal tumis ikan belanak,gulai udang ...sambal belacan dengan petai rebus..pehhh..

Yang bagusnya semua lauk tu hasil tangkapan isteri Abg Zul,jala kat tepi rumah je..cuma petai je beli kat pasar malam...dah kenyang perut kami turun untuk episod sebelah petang pula...cuaca ketika ini agak mendung dan sedikit berangin..Kami mula dibahagian barat pulau disebelah Batu Payung...

Parking saja bot aku turunkan umpan yang memang dah standby awal-awal lagi....seretttt..strike pada kail tekong...serettt...giliran aku pula..baru nak control drag ikan dah bawa tali kebawah bot,melentur "U"rod aku ..tak sempat nak karau..tuuppp..putus tali mono 25 paun aku...Abg Zul masih tengah melayan rentapan ikan yang sungguh power kekiri dan kanan bot...akhirnya tertewas juga jenahak 2.5 kg ...kalau tidak awai-awai dah double strike...

Petang ni kami tak pindah jauh..hanya beralih sauh untuk dapatkan position yang betul... dan hasil petang ini sungguh memberangsangkan (rezeki dari Allah )walaupun dalam keadaan hujan yang lebat,strike demi strike menidakkan kesejukan ketika itu.
Rezeki hari ini,Jenahak dan Senangin Pulau Aman
Tukang bahagi ikan terlatih
Disebabkan cuaca yang kelihatan tak begitu mengizinkan kami bergegas kembali ke jeti Batu Musang..dalam perjalanan pulang adik aku Syukur seperti biasa akan membahagi ikan diatas bot..

Setelah dibahagi tu dapatlah bawa balik stock lauk untuk 2 minggu dirumah...sehingga sini sahaja dulu untuk trip kali ini...esok ada pertandingan memancing di Pantai Merdeka anjuran KSRN Naza Automotive Mfg..nantikan ceritanya...
Salam...



Perniagaannya berisiko rendah dan menghasilkan pulangan yang amat lumayan.
http://simplebisnes.com/Wahab69